<>

 

<>

<<>>

 

*Waktu Mesir*
<>
*Waktu Malaysia*
<>
*Taqwim Hijrah*
< >
*Bingkisan Nurani*
 

" Carilah Redha Allah Dimana Sahaja..kerana DiaLAH yang kekal buat selamanya.." SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PEJUANG AGAMA ALLAH!! hidup berjuang mati terbilang.. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ..HANYA ISLAM MEMBAWA RAHMAT SELURUH ALAM..AKAN KAMI BUKTIKAN DENGAN KEBERANIAN..

 

*Kuntuman Ukhwah*

 

.::Uyyah ::.

.:: Eisraa ::.

 .:: Azhana ::.

.:: Masidas ::.

.:: Shahidah ::.

.:: Al-Hambra ::.

.:: Kota Ilham ::.

.:: Zulfa Hanan ::.

.:: Assyakirah ::.

.:: Sanggar Cinta ::.

.:: Aishah Radhiah ::.

umniyah

 

*Sisipan*

 

.:: Pas ::.

::. kpipm ::.

.:: pmram ::.

.:: Silver Net ::.

.:: Dakwah Info ::.

.:: Tranung kite ::.

 

*Best Viewed*

 

~ With......

Mozilla Firefox

~ in......

screen solution 1024 x 768 

 
*Kredit*

 

 

Monday, July 21, 2008

Doaku hanya untukMu....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku Ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Photobucket

posted by izzah @ 10:27 PM  

 Jejak Thur Sina' 07

Tuesday, January 29, 2008

Sejuk!.sejuk!..sejuknya!...inilah perkataan acapkali yang diungkapkan oleh pelajar2 Mesir bila tibanya musim sejuk..erm mane tak sejuknya cam duk dalam peti ais dibuatnya..bila tiba rasa sejuk2 ni pulak, teringat pulak saya kenangan lalu, ketika saya ditaqdimkan oleh kawan saya, Shina untuk jadi AJK mufajaah Rehlah Sinai Hewi tahun lepas, rehlah tersebut yang dianjurkan oleh HEWI PMRAM setiap tahun selepas imtihan fasa pertama. erm..lepas kepunan juga saya untuk pergi..selama 3hari 2 malam kami di Sinai iaitu pada malam pertama menginap di Nuwaiba dan malam keesokannya di Morgeland. erm, jadi AJK tak boleh banyak rehat je, banyak keje kena buat..teringat citer kelakar ketika di Morgeland, malam tu hujan renyai2, kebetulan saya ditaklifkan untuk mengutip pasport pelajar2 setiap chalet, tiba akhir sebuah chalet saya ketuk pintu berkali2, minta cepat buka pintu sebab kat luar hujan..bagi salam tak jawab..pelik!tanya shina, dia kata rumah akhawat yang menginap..tiba2 terkejut badak kami berdua..tengok2 yang keluar..tahu tak sape?ustaz Hafiz Mahmud.. YA ALLAH! Malu tak tahu nak cakap cmn masa tu...apalagi kami, balik dengan tebal muka, rasa tak tahu nak letak muka kat mana..:)bukan main ketawa kami berdua dalam perjalanan balik ke chalet kami..gelihati dibuatnya..

**********************************************************************
Syukur alhamdulilah tidak terhingga, berkat dengan keyakinan diri yang serba kekerdilan ni, walaupun badan agak berisi sedikit, tapi berkat doa dan tawakkal pada Allah untuk menjejaki Thur Sina' yang sekian lama saya idami, akhirnya saya berjaya jua mendaki walaupun disaat2 akhir, saya kepenatan, kesejukan yang teramat dan tergelincir beberapa kali kerana tergelicik dengan cairan ais batu. Semasa pendakian, saya tidak lepaskan peluang mengambil gambar sambil bermain dengan salji bersama kawan2, erm seronok betul jumpa salji, maklumlah tak pernah jumpa salji katakan..rasa macam duduk kat UK dan Jordan pulak. Rasa nikmat dan kagum sangat dengan ciptaan Allah...Pada mulanya, saya agak kurang berkeyakinan untuk mendaki tapi disebabkan diri ini rasa tercabar dengan kalam motivasi yang disampaikan oleh Us Hafiz Mahmud (Bekas BP PMRAM )dengan kata penutupnya."kalau rasa diri tak yakin, tak mampu, tak payah naik"..rentetan kata-katanya berikutan kes-kes akhawat yang kecundang ditengah2 pendakian disebabkan mengalami kekejangan otot, yang sukar untuk mendaki akibat kesejukan, dan kekurangan daya tenaga menyebabkan pengsan.Jadi, kata-kata akhir beliau mengingatkan serta mencabar akhawat2 agar kuat semangat dan yakin pada diri untuk mendaki.
Diingatkan buat sahabat2 yang ingin mendaki, sebelum naik alaskan sedikit makanan, tak perlu banyak, cukup sekadar mengisi perut..dan minum air vita-cid untuk kuatkan tenaga badan..kuatkan diri dengan berselawat sepanjang pendakian untuk meningkatkan iman kita supaya bersabar dengan cabaran pendakian yang didaki, disamping kita mengingatkan kembali sirah Nabi Musa a.s yang hanya mendaki tanpa memakai kasut semata-mata untuk mengabdikan diri kerana Allah...Jadi, fikirlah sejenak diri kita selaku hamba Allah, mampukah kita lakukan sedemekian?bukan kita mempertikaikan zaman dahulu tidak ada kasut@sebagainya, tapi kita memikirkan bagaimanakah kesanggupan dan pengorbanan beliau untuk mentaqarrubkan diri pada Allah dipuncak gunung yang tinggi dengan hanya berbekalkan iman dan taqwa..Alakulihal, moga dengan ilmu dan akal yang diberikan oleh Allah kepada kita, dapat kita gunakan dengan sebaik yang mungkin, agar iman dan amal kita diterima serta diberkati oleh Allah swt, dunia dan akhirat. INGATLAH!ilmu yang berguna akan membawa kita ke syurga..so, manfaatkanlah agar tidak tersesat haluan.
Buat akhirnya pada pembaca yang budiman, maaf jika tersilap pentaipan@fakta, jika ada. Apepun, kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan dosa, moga memori kembara sinai saya yang serba ringkas ini dapat kita berkongsi bersama, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada sahabat2 yang bakal mendaki Jabal Musa nanti..INGAT!Jangan pergi Sinai, hanya nakkan keseronokan salji semata2@nakkan nama kebanggaan dan sebagainya tapi berjalanlah dengan melihat keindahan dan keagungan ciptaan Tuhan. Moga kita tergolong dalam golongan orang2 yang bertaqwa kepadaNya...amin ya rabbal alamin. k,JANGAN LEPASKAN PELUANG..PERGI..JANGAN TAK PERGI SINAI..percutian yang menenangkan jiwa dimusim sejuk..

Photobucket

posted by izzah @ 11:05 AM  

Monday, December 24, 2007
PERMATA HATI

MUMTAZ & FAEZAH..
doakan moga mahligai kasih yang dibina kekal berpanjangan selamanya sehingga ke syurga..amin,doakan jua moga imtihan yang bakal kami tempuhi dipermudahkan dan najah dunia akhirat..amin

buat sahabat2 seperjuanganku...doakanku thabat dan tabah untuk teruskan perjuangan, kerna beban yang dipikul kini lebih berat, jadi doakan diriku ni jadi isteri yang solehah..k,be the best to all my friend in exam...MISS U ALL..

buat adik2ku yang tersayang...thanks byk2 tolong kak pae masa persediaan walimah haritu..jasa kalian semua ku kenang..tak tahu nak balas cmner..hanya Allah swt yang dapat membalasinya...k,doakan kak pae yerr..KENANG2KAN KAK PAE KAT ZAGAZIG NI..RINDU KAT KORANG SEMUA..NANTI JMPUTLA DTG KE RUMAH YER..

Photobucket

posted by izzah @ 5:31 AM  

 SALAM BAHAGIA BUAT SAHABAT2KU..

Wednesday, November 28, 2007
SALAM IMTIHAN..
buat semua sahabat-sahabat dan adi2ku..moga imtihan yang bakal kita tempuhi ini dapat memberi keputusan yang terbaik dan cemerlang..kejayaan kita, kebanggaan islam..k, do the best all my friend..doakan moga kita sama2 najah serta sentiasa thabat dalam perjuangan.amin..Buat sahabat2 yang bakal mengerjakan haji..selamat menunaikan ibadah dengan sempurna, moga dapat haji mabrur yang diberkati,bukan haji Marlboro ye..

buat sahabatku yang kini berada diMsia,IKIN..yang bakal menjadi raja sehari pada 1 haribulan Disember ni..erm.diucpkan la SELAMAT PENGANTIN BARU..moga berbahagia ke anak cucu..tak lupa gak pada kakak cayang saya kak long,SITI SARIFAH ABD MAJID yang bakal juga jadi pengantin popular pada 22 DISEMBER ni..rasa nak terbang balik msia jer..nak tgk kak long kawin..rindunyer semua..kak long doakan pae najah yer!!dah lama sgt tak balik Msia..kak cik bila pulak nak kawin??jgn lupa bagi tau ude tau!jgn tgu lama2..nanti lari orang tu..jgn mare!!k, rindu semua...doakan ude sama yer!

Photobucket

posted by izzah @ 9:28 AM  

 KELEBIHAN BULAN REJAB

Saturday, August 11, 2007

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu
dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan
bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya,
dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang
menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga
dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke
atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi
minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib
bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa
sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Photobucket

posted by izzah @ 8:38 PM  

 10 perkara yang membuatkan doa tidak dikabulkan.

Saturday, August 4, 2007

Ibrahim bin Idham berkata:" ada 10 hal yang membuat doa tidak dikabulkan.
1. Kalian tidak mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-haknya.

2. Kalian telah membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya.

3. Kalian mengaku cinta kepada Rasuluallah SAW tetapi meninggalkan sunnahnya.

4. Kalian mengaku benci kepada syaitan tetapi tidak memenuhi ajakannya.

5. Kalian mengaku ingin masuk syurga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.

6. Kalian meinginkan selamat dari api neraka tetapi kalian menjerumuskan diri
kepadanya.

7. Kalian meyakini kematian merupakan suatu kepastian tetapi tidak pernah
mempersiapkan diri menghadapinya.

8. Kalian sibuk mengurusi aib orang lain tetapi mengabaikan aib sendiri.

9. Setiap waktu kalian menguburkan orang yang wafat tetapi setiap itu pula kalian
tak pernah mengambil iktibar daripadanya.

10. Kalian telah menikmati kurniaan Allah tetapi kalian tidak pernah mensyukurinya.

Photobucket

posted by izzah @ 2:33 PM  

 HIDUPNYA INSAN TIADA YANG ABADI

Saturday, July 14, 2007

Photobucket

posted by izzah @ 5:35 AM  
*Tuan Rumah*
 

Sinai

    .:: izzah ::.

*Bicara Hikmah*






" Allah telah memberi sinar HARAPAN, Sinar Menjadi Satu IMPIAN,




Ini bukan Satu PERTIKAIAN...




Kerna ITU KETENTUAN Tuhan, Najah menjadi Sumber IDAMAN, Kini telah Menjadi Suatu KENYATAAN,




Syukur atas Pemberian Tuhan, Najah Merupakan Suatu Kenikmatan,




Terima kasih Kepada MU Tuhan, Atas Segala Pemberian,


Kini kepulangan Menjadi Satu Penantian, Perjuangan Yang Akan terus Hadapi Medan,


Satu Utusan, Berita Kebenaran ...



*Terkini*
*Khazanah*
*At-Tanzil*

 

.:: Tafsir Al-Quran ::.

.:: Download Al-Quran ::.

:: Bacaan Quran Online ::

 

*Titipan Tamu*

 

 

 

 

*Button Hati Sufi*
 

:: Hati Sufi ::

 

*Akhbar Online*
 Berita Harian

 Utusan Online

 Harian Metro

 Harakah Daily

 Malaysia Kini

Al-Jazeera

 New Straits Times Online

 The Star Online

* Geoglobe*

< >

* Tetamu*

<>

 

Anda Pengunjung Yang ke :

< >

Sejak Julai 2007