<>

 

<>

<<>>

 

*Waktu Mesir*
<>
*Waktu Malaysia*
<>
*Taqwim Hijrah*
< >
*Bingkisan Nurani*
 

" Carilah Redha Allah Dimana Sahaja..kerana DiaLAH yang kekal buat selamanya.." SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PEJUANG AGAMA ALLAH!! hidup berjuang mati terbilang.. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ..HANYA ISLAM MEMBAWA RAHMAT SELURUH ALAM..AKAN KAMI BUKTIKAN DENGAN KEBERANIAN..

 

*Kuntuman Ukhwah*

 

.::Uyyah ::.

.:: Eisraa ::.

 .:: Azhana ::.

.:: Masidas ::.

.:: Shahidah ::.

.:: Al-Hambra ::.

.:: Kota Ilham ::.

.:: Zulfa Hanan ::.

.:: Assyakirah ::.

.:: Sanggar Cinta ::.

.:: Aishah Radhiah ::.

umniyah

 

*Sisipan*

 

.:: Pas ::.

::. kpipm ::.

.:: pmram ::.

.:: Silver Net ::.

.:: Dakwah Info ::.

.:: Tranung kite ::.

 

*Best Viewed*

 

~ With......

Mozilla Firefox

~ in......

screen solution 1024 x 768 

 
*Kredit*

 

 

 MAWADDAH-TERIMA KASIH TUHAN

Friday, April 20, 2007

Photobucket

posted by izzah @ 3:16 PM  

 ZIKIR MUNAJAT- USTAZ BADRUL AMIN

Photobucket

posted by izzah @ 3:08 PM  

 FAR EAST-NUR SYAHADAH

Photobucket

posted by izzah @ 2:54 PM  

 ustaz akhil hayy

Photobucket

posted by izzah @ 9:24 AM  

Semoga kalian terhibur dengan nasyid yang didendangkan khas buat semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ni.. " berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah kerna apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah...."

Photobucket

posted by izzah @ 9:10 AM  

 LAYAR KEINSAFAN

Photobucket

posted by izzah @ 9:06 AM  

 RAHMAT UJIAN

Photobucket

posted by izzah @ 9:04 AM  

 TIKA DINIHARI

Photobucket

posted by izzah @ 8:47 AM  

 SUNAH BERJUANG

Wednesday, April 18, 2007
Sunah Berjuang 2

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Photobucket

posted by izzah @ 9:22 PM  

 Ziarah mahabbah ke Alex

erm..sekian lama tak menjenguk blog saya.alhamdulillah hari ini dapat gak lawat..maklumlah baru balik ziarah ahli di Alex..rasa seronok sgt dengan layanan yang diberikan oleh ahli-ahli di Alex..hampir 2 tahun tak pergi sana,alhamdulilah akhirnya saya sampai juga ke Alex dengan keputusan mufajaah..adik-adik disana seronok sangat dengan ketibaan saya disana..terutamanya adikku Salmah.4 hari 3 malam disana memberikan percutian yang bermakna buat saya..bukan percutian ini semata-mata bagi saya, tapi jaulah secara tidak langsung ke rumah ahli ke rumah-rumah.Jaulah saya bersama sahabat saya Asma selaku TYDPH, Salamah, Zura,Hayati,Salmah adikku beserta mandubah Alex yang sentiasa menemani untuk ziarah ke rumah ahli..kalau takder diorang agaknya saya dan exco-exco lain kemungkinan akan sesat ntah kemana-mana.Antara rumah yang saya sempat ziarah, K.Jah ,Najat, Aziah, Salmah,Molek,Zati, k.Ai,Awe,Hasni, Shuhada, Saidah,Syaidah,Aisyah Tarmizi, Aisyah Sumairi ,rumah Coi bersama isteri tersayangnya dan kawan lama saya Aini bersama anaknya yang comel Raudah..erm banyak tak rumah yang saya ziarah??erm..separuh nak pengsan jugak lah samapi kerumah mereka, sebab jalan setengah rumah-rumah mereka agak mencabar..antaranya rumah yang paling tinggi saya sampai,tingkat 5 tanpa ada lif..masyallah!!betapa ujian sungguh buat saya untuk sampai ke atas.apepun mereka yang sudah lama tinggal lebih merasai apa yang saya rasa..alamat kalau saya tinggal disana dengan keadaan sebegitu..kemungkinan berat badan saya akan menurun..hihi.

Photobucket

posted by izzah @ 6:01 AM  

 sami yusof-hasbi rabbi

Photobucket

posted by izzah @ 5:52 AM  

 SEORANG GADIS........

Wednesday, April 4, 2007
Seorang gadis itu yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa,di matanya cahaya, dalamnya ada air,sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi ... kasih untukdirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong , pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...

teman yang setia,buat Adam dialah Hawa,tetap di sini ... dari indahnya jannah,hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap nikmatNya ...

seorang gadis itu ...bisa seteguh Khadijah, yang sucihatinya, tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,pengubat duka & laranya ... bijaksanaia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri tamanRasulullah,dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...bisa setabah Maryam,meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ...seperti Fatimah kudusnya,meniti hidup seadanya,puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama,di belakangnya dialah pelita,cahaya penerang segenap rumahnya,ummi tersayang cucunda Baginda ...bisa dia segagah Nailah,dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah,meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah .


seorang gadis itu ...perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa,agar ia terpelihara ... dengan cintaRabbnya,dengan rindu Rasulnya ... dengan yakin Deennya,dengan teguh áqidahnya,dengan utuh cinta yang terutama, Allahdan juga RasulNya,dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama,keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...melenturnya perlu kasih sayang,membentuknya perlu kebijaksanaan,kesabaran dan kemaafan, keyakinan &penghargaan,tanpa jemu & tanpa bosan,memimpin tangan, menunjuk jalan ..

seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari
dirinya terancam dek fitnah,sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dekkeliru fikir jiwanya, kerana dihambur ucapkata nista,hanya kerana dunia memperdaya ...kerana seorang gadis itu,yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya,mantap iman mengunci jiwanya,dari lemah & kalah, dalam pertarunganyang lama ... dari rebah & salah,dalam perjalanan mengenali Tuhannya , dalam perjuangan menggapai cinta,nikmat hakiki seorang hamba, dari Allah yang menciptakan, dari Allah yang mengurniakan,

seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!seorang gadis itu ...tinggallah di dunia, sebagai ábidah,da'ieyah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah,muslimah yang solehah ... kelak jadiibu,membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi &ma'rifatullah ...seorang gadis itu ...moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan,Tuhan yang menentukan
...seorang gadis itu dalam kebahagiaan!Moga ar-Rahman melindungi,merahmati dan merestui,perjalanan seorang gadis itu ...menuju cintaNYA yang ABADI! amin....

Photobucket

posted by izzah @ 6:18 PM  

 ciri-ciri suami pilihan..

KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayangTuhan janji-Nya pasti.Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.
Andainya sedikit daripadacinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

1-Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah.Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujurmembimbing dan memelihara iman anda.

2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hatiyang mulia. Rasa hormatnya pada wargatua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah
jika dia pernah mengabaikan tugas yangdiberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta denganbijaksana. Setiap nikmat yang adadikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yangsesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannyaRakan2 pergaulannya adalah mereka yangsepertinya. Sebaik-baik teman adalahteman yang soleh.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka.Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya.

Photobucket

posted by izzah @ 6:07 PM  
*Tuan Rumah*
 

Sinai

    .:: izzah ::.

*Bicara Hikmah*






" Allah telah memberi sinar HARAPAN, Sinar Menjadi Satu IMPIAN,




Ini bukan Satu PERTIKAIAN...




Kerna ITU KETENTUAN Tuhan, Najah menjadi Sumber IDAMAN, Kini telah Menjadi Suatu KENYATAAN,




Syukur atas Pemberian Tuhan, Najah Merupakan Suatu Kenikmatan,




Terima kasih Kepada MU Tuhan, Atas Segala Pemberian,


Kini kepulangan Menjadi Satu Penantian, Perjuangan Yang Akan terus Hadapi Medan,


Satu Utusan, Berita Kebenaran ...



*Terkini*
*Khazanah*
*At-Tanzil*

 

.:: Tafsir Al-Quran ::.

.:: Download Al-Quran ::.

:: Bacaan Quran Online ::

 

*Titipan Tamu*

 

 

 

 

*Button Hati Sufi*
 

:: Hati Sufi ::

 

*Akhbar Online*
 Berita Harian

 Utusan Online

 Harian Metro

 Harakah Daily

 Malaysia Kini

Al-Jazeera

 New Straits Times Online

 The Star Online

* Geoglobe*

< >

* Tetamu*

<>

 

Anda Pengunjung Yang ke :

< >

Sejak Julai 2007