" Carilah Redha
Allah Dimana Sahaja..kerana DiaLAH yang kekal buat selamanya.."
SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PEJUANG AGAMA ALLAH!! hidup
berjuang mati terbilang.. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ..HANYA
ISLAM MEMBAWA RAHMAT SELURUH ALAM..AKAN KAMI BUKTIKAN DENGAN
KEBERANIAN..
Dalam dunia ini kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri,tetapi dalam kita bersendiri kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan kejujuran dan keikhlasan daripada seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu kita cuma mengambil kira tentang hal kita dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya, kita tidak beri dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri,kita terlupa kita pernah membiarkan dia ternanti nanti,kerana kita juga adajanji yang tak ditepati. Kita beri dia beribu alasan 'memaksa' dia menerima alasan kita.Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya??? seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaiAn masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita...hingga kita terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita...pernahkah kita memberikan dia peluang untuk menceritakan rasa bimbang dan rasa takutnya???
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana kita menyabarkan dia?Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sebagaimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,kita boleh dijadikan tempat bersandar bila dia terasalemah,agar tidak rebah?bolehkah kita menjadi bahu untuk diasandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya yang bercerita,ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan...Jadilah kita kawannya itu, kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin dia sebenarnya tak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...kita tidak tahu...tapi kalau kita jadi sahabat seperti dia mungkin kita akan tahu. Susahnya mencari seorang sahabat yang betul2 ikhlas.............. hati yang resah tak siapa yang tahu...betul tak??mungkin anda salah seorang sahabat yang pernah rasa apa yang saya katakan..
So, nak jadi sahabat yang sebenar2nya bukannya mudah..memerlukan ketabahan, kesabaran, kepayahan serta kecekalan yang tinggi...maka, fikir2kanlah dan renung2kanlah diri kita untuk menjadi sahabat yang sejati lillahita'ala...mudah2an kita tergolong dikalangan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah SWT..aMIN