<>

 

<>

<<>>

 

*Waktu Mesir*
<>
*Waktu Malaysia*
<>
*Taqwim Hijrah*
< >
*Bingkisan Nurani*
 

" Carilah Redha Allah Dimana Sahaja..kerana DiaLAH yang kekal buat selamanya.." SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PEJUANG AGAMA ALLAH!! hidup berjuang mati terbilang.. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ..HANYA ISLAM MEMBAWA RAHMAT SELURUH ALAM..AKAN KAMI BUKTIKAN DENGAN KEBERANIAN..

 

*Kuntuman Ukhwah*

 

.::Uyyah ::.

.:: Eisraa ::.

 .:: Azhana ::.

.:: Masidas ::.

.:: Shahidah ::.

.:: Al-Hambra ::.

.:: Kota Ilham ::.

.:: Zulfa Hanan ::.

.:: Assyakirah ::.

.:: Sanggar Cinta ::.

.:: Aishah Radhiah ::.

umniyah

 

*Sisipan*

 

.:: Pas ::.

::. kpipm ::.

.:: pmram ::.

.:: Silver Net ::.

.:: Dakwah Info ::.

.:: Tranung kite ::.

 

*Best Viewed*

 

~ With......

Mozilla Firefox

~ in......

screen solution 1024 x 768 

 
*Kredit*

 

 

 HIJRAH: Kembali kepada ajaran islam yang sebenar....

Tuesday, May 1, 2007
Sekarang kita berada dalam bulan Muharam Tahun 1428 Hijrah. Sudah menjadi kebiasaan diadakan berbagai bentuk sambutan tahun baru hijrah. Bagi kita, sebagai umat Islam yang faham ajaran Islam dan mengetahui tuntutan Islam ke atas diri kita, maka sambutan dan majlis memperingati peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. akan menambah semangat kita di dalam perjuangan menegakkan agama Islam.

Sambutan kita bukan sahaja dengan melaungkan slogan atau menaikkan kain rentang sahaja, bahkan diikuti dengan semangat dan cita-cita mahu berhijrah dan mendapat pahala hijrah yang dijanjikan oleh Allah Taala dan rasul-Nya. Janji Allah dan rasul-Nya kepada sesiapa yang berhijrah tetap berlangsung sehingga hari kiamat walaupun hijrah di dalam bentuk lain asalkan maksud dan tujuannya sama sahaja dengan tujuan hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Oleh itu, jika diadakan ceramah-ceramah tentang hijrah, maka kandungan ceramah tersebut mengingatkan kita betapa pentingnya peristiwa hijrah kepada perkembangan Islam, betapa sukarnya melaksanakan perintah hijrah, betapa banyak halangan dan ujian yang dialami oleh orang-orang Islam yang berhijrah. Dan hijrah itu sendiri mengajar kita bahawa mendirikan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam dan sistem-sistem Islam adalah wajib sebagaimana telah didirikan oleh Rasulullah s.a.w di Madinah, tempat baginda berhijrah.

Perintah Allah ke atas Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam supaya berhijrah meninggalkan Mekah menuju ke Madinah, bermakna meninggalkan tanah air tumpah darah, rumahtangga, kaum keluarga, harta benda dan sebagainya. Kewajipan menjaga agama dan menegakkan negara yang melaksanakan seluruh ajaran Islam di Madinah wajib diutamakan lebih daripada sayang kepada tanahair, harta benda, saudara mara, binatang ternakan dan barang-barang perniagaan.


Walaupun besar kerugian harta benda dialami oleh orang-orang Islam kerana meninggalkan Mekah tetapi bagi mereka, keredaan Allah lebih daripada segala-galanya dan balasan syurga di hari akhirat mengatasi cinta kepada dunia dan segala isinya. Untung di akhirat adalah untung yang besar walaupun rugi di dunia pada pandangan sesetengah manusia yang menjadi hamba kepada dunia.


Dengarlah cerita seorang sahabat yang bernama Suhaib ar-Rumi, seorang pedagang yang kaya dan mempunyai banyak harta. Apabila Suhaib ar-Rumi mahu berhijrah bersama-sama Rasulullah s.a.w. tetapi beliau dihalang oleh orang-orang kafir Quraisy Mekah. Suhaib bersetuju menyerahkan segala harta kekayaan di Mekah kepada kafir Quraisy asalkan beliau dibenarkan berhijrah menuju ke Madinah.


Akhirnya, Suhaib a-Rumi dibebaskan berhijrah setelah menyerahkan segala harta bendanya kepada kafir Quraisy untuk menyelamatkan iman dan Islam di dalam dirinya dan sebagai menyahut perintah Allah Taala ke atasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. tahu pengorbanan Suhaib yang besar itu, maka baginda bersabda yang bermaksud: Telah beruntunglah Suhaib, telah beruntunglah Suhaib.


Berkenaan dengan kisah ini, Allah menurunkan firman-Nya (maksudnya): Dan ada di kalangan manusia (orang-orang yang beriman) yang menjual dirinya untuk mendapatkan keredaan Allah dan Allah Maha Pengasih kepada hamba-hamba-Nya. (Surah al-Baqarah: 207)


Pada hari ini orang Islam takut jadi miskin kerana melaksanakan Islam. Pada hari ini orang-orang Islam sendiri bimbang negara akan mundur jika melaksanakan ekonomi Islam. Pada hari ini orang-orang Islam sendiri tidak yakin kepada undang-undang Islam yang berjaya menghapus berbagai jenayah tetapi mereka percaya kepada undang-undang Barat walaupun jenayah tidak pernah berkurang, kecurian dan rompakan menjadi-jadi. Adakah kita mahu menunggu perompak menggunakan bulldozer atau peluru berpandu ketika merompak, barulah kita tergesa-gesa melaksanakan hukum Islam?


Walaupun menyambut tahun hijrah, namun semangat mahu berhijrah daripada undang-undang jahilah kepada undang-undang Islam tidak ada di dalam diri kita. Semangat mahu berhijrah meninggalkan sistem-sistem barat masih belum ada di dalam masyarakat Islam. Semangat mahu berhijrah daripada perangai dan akhlak buruk kepada Islam tidak ada di dalam diri umat Islam.


Maka, kalau ada sambutan Maal Hijrah atau seumpamanya, ia tidak membawa apa-apa guna. Kalau ada sambutan seperti itu sahaja tanpa ada perasaan dan usaha mahu membuat perubahan, maka sambutan seperti itu sia-sia sahaja, apa lagi sekiranya disambut oleh orang-orang yang jelas sekali menentang Islam.


Semasa peristiwa hijrah, di kalangan mereka yang berhijrah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. itu ada yang memesongkan niatnya kepada kepentingan dunia semata-mata dan tidak ikhlas. Walaupun pada zahirnya dia berhijrah tetapi hatinya menuju ke arah lain, bukan untuk Islam dan perjuangan Islam, jadilah hijrahnya sia-sia sahaja.


Pada masa itu ada seorang lelaki Islam yang berhijrah kerana mahu berkahwin dengan seorang perempuan yang yang turut sama berhijrah ke Madinah. Perempuan itu mensyaratkan bahawa untuk berkahwin dengannya, maka lelaki tersebut mesti berhijrah bersama-samanya ke Madinah. Rasulullah s.a.w. mengetahui tujuan lelaki itu lalu bersabda (maksudnya): Maka sesiapa yang hijrahnya kerana dunia, maka dia akan dapat dunia atau kerana perempuan, maka dapatlah dia berkahwin dengannya. Maka hijrahnya itu, ganjarannya berdasarkan kerana apa dia berhijrah.


Oleh kerana banyaknya ujian di dalam melaksanakan hijrah sama ada sayang untuk berpisah daripada tanahir, kaum keluarga dan harta benda, enggan untuk bersusah payah di dalam menegakkan agama Allah, maka ada orang-orang Islam yang tidak jadi berhijrah meninggalkan Mekah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w.


Maka apabila berlakunya peperangan Badar antara tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar yang melawan tentera kafir Quraisy di bawah pimpinan Abu jahal, tiba-tiba ada beberapa orang Islam yang tidak mahu berhijrah telah berperang di pihak tentera kafir Quraisy kerana dipaksa atau kerana malu kepada permimpin-pemimpin kafir Quraisy.


Apabila mereka mati terbunuh, maka ditanya oleh malaikat-malaikat yang mencabut nyawa mereka: Kenapa kamu berperang bersama-sama golongan kafir Quraisy? Mereka menjawab: Kami tertindas dan kami terpaksa. Namun jawapan mereka tidak melepaskan mereka daripada siksaan api neraka.


Cerita mereka disebut di dalam firman Allah (maksudnya): Sesungguhnya orang-orang (yang tidak berhijrah tanpa uzur dan berperang pula di sebelah pihak kafir Quraisy Mekah) yang dimatikan oleh malaikat-malaikat di dalam keadaan mereka menzalimi diri mereka sendiri, malaikat bertanya: Mengapa kamu jadi begini? Mereka menjawab: Kami golongan yang tertindas di muka bumi. Malaikat bertanya lagi: Bukankah bumi Allah begitu luas dan kamu boleh berhijrah ke mana-mana? Mereka itu, tempat tinggal mereka adalah neraka jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah an-Nisa: 97)


Kalau orang-orang Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak mahu berhijrah tanpa uzur, maka orang-orang Islam pada hari ini juga tidak mahu berhijrah kembali semula kepada ajaran Islam. Mereka sanggup bersatu padu dengan golongan yang menentang ajaran Islam. Mereka menyokong golongan yang menentang hukum Islam. Mereka bersama-sama golongan yang merosakkan masyarakat dengan berbagai program. Maka jika mereka mati di dalam keadaan tersebut dan tidak sempat bertaubat, dibimbangi hukuman Allah ke atas mereka sama sahaja dengan golongan yang disebut oleh Allah Taala di dalam firman-Nya tadi.


Sekiranya ada orang-orang Islam yang masih mahu tinggal di Mekah, tidak mahu berhijrah walaupun diperintah oleh Allah, walaupun Mekah dipimpin oleh golongan yang menentang Allah, Rasulullah, menyeksa orang-orang yang beriman, memaksa orang-orang beriman meninggalkan agama, maka jangan kita hairan jika ada di kalangan orang-orang yang mengaku Islam pada hari ini merasa senang dan bahagia hidup walaupun berada di bawah pemerintahan yang bercanggah dengan Islam, walaupun di kiri kanan mereka maksiat dan khianat bermaharaja lela, walaupun ajaran Islam dan sekolah-sekolah yang mengajar agama Islam mahu ditutup dan sebagainya sedangkan hijrah yang sebenar, yang dituntut oleh Islam ialah meninggalkan perkara yang bercanggah dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.


Kita diperintah supaya meninggalkan saki baki kufur dan syirik sekiranya masih ada di dalam diri kita. Kita diperintah membuang fahaman-fahaman dan pandangan-pandangan yang bercanggah tentang Islam yang masih berkubu di dalam kepala kita. Kita diperintah membuang jauh-jauh undang-undang dan hukum yang berlawanan dengan undang-undang Islam yang masih terpacak kukuh di dalam tanahair umat Islam.


Dan kita diperintah supaya membersihkan diri daripada ideologi-ideologi dan fahaman-fahamn sesat dan karut marut seperti kapitalis, sosialis, nasionalis dan sebagainya yang masih menjadi kebanggaan sebahagian orang-orang Islam pada hari ini. Hijrah seperti ini masih berterusan dan dituntut ke atas umat Islam sehingga akhir zaman kerana sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Tidak ada lagi hijrah (daripada Mekah ke Madinah) selepas pembukaan Mekah tetapi yang masih ada ialah jihad (menegakkan Islam) dan niat (untuk mempertahankan Islam).


Hijrah yang wajib, yang tetap ada hari ini ialah jihad menegakkan agama Allah, jihad menentang segala kemungkaran, jihad meninggalkan segala perkara yang dimurkai Allah, jihad menolak segala bentuk syirik sama ada pada zat Allah atau pada nama-nama-Nya atau pada segala yang hanya menjadi milik Allah Taala sahaja seperti hak mengadakan undang-undang yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.


Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah bukan bermusim, bukan pada awal tahun hijrah bahkan sepanjang tahun dan lebih daripada itu sepanjang hidup kita.

Photobucket

posted by izzah @ 12:52 PM  
*Tuan Rumah*
 

Sinai

    .:: izzah ::.

*Bicara Hikmah*






" Allah telah memberi sinar HARAPAN, Sinar Menjadi Satu IMPIAN,




Ini bukan Satu PERTIKAIAN...




Kerna ITU KETENTUAN Tuhan, Najah menjadi Sumber IDAMAN, Kini telah Menjadi Suatu KENYATAAN,




Syukur atas Pemberian Tuhan, Najah Merupakan Suatu Kenikmatan,




Terima kasih Kepada MU Tuhan, Atas Segala Pemberian,


Kini kepulangan Menjadi Satu Penantian, Perjuangan Yang Akan terus Hadapi Medan,


Satu Utusan, Berita Kebenaran ...



*Terkini*
*Khazanah*
*At-Tanzil*

 

.:: Tafsir Al-Quran ::.

.:: Download Al-Quran ::.

:: Bacaan Quran Online ::

 

*Titipan Tamu*

 

 

 

 

*Button Hati Sufi*
 

:: Hati Sufi ::

 

*Akhbar Online*
 Berita Harian

 Utusan Online

 Harian Metro

 Harakah Daily

 Malaysia Kini

Al-Jazeera

 New Straits Times Online

 The Star Online

* Geoglobe*

< >

* Tetamu*

<>

 

Anda Pengunjung Yang ke :

< >

Sejak Julai 2007