" Carilah Redha
Allah Dimana Sahaja..kerana DiaLAH yang kekal buat selamanya.."
SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PEJUANG AGAMA ALLAH!! hidup
berjuang mati terbilang.. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ..HANYA
ISLAM MEMBAWA RAHMAT SELURUH ALAM..AKAN KAMI BUKTIKAN DENGAN
KEBERANIAN..
Sejuk!.sejuk!..sejuknya!...inilah perkataan acapkali yang diungkapkan oleh pelajar2 Mesir bila tibanya musim sejuk..erm mane tak sejuknya cam duk dalam peti ais dibuatnya..bila tiba rasa sejuk2 ni pulak, teringat pulak saya kenangan lalu, ketika saya ditaqdimkan oleh kawan saya, Shina untuk jadi AJK mufajaah Rehlah Sinai Hewi tahun lepas, rehlah tersebut yang dianjurkan oleh HEWI PMRAM setiap tahun selepas imtihan fasa pertama. erm..lepas kepunan juga saya untuk pergi..selama 3hari 2 malam kami di Sinai iaitu pada malam pertama menginap di Nuwaiba dan malam keesokannya di Morgeland. erm, jadi AJK tak boleh banyak rehat je, banyak keje kena buat..teringat citer kelakar ketika di Morgeland, malam tu hujan renyai2, kebetulan saya ditaklifkan untuk mengutip pasport pelajar2 setiap chalet, tiba akhir sebuah chalet saya ketuk pintu berkali2, minta cepat buka pintu sebab kat luar hujan..bagi salam tak jawab..pelik!tanya shina, dia kata rumah akhawat yang menginap..tiba2 terkejut badak kami berdua..tengok2 yang keluar..tahu tak sape?ustaz Hafiz Mahmud.. YA ALLAH! Malu tak tahu nak cakap cmn masa tu...apalagi kami, balik dengan tebal muka, rasa tak tahu nak letak muka kat mana..:)bukan main ketawa kami berdua dalam perjalanan balik ke chalet kami..gelihati dibuatnya..
********************************************************************** Syukur alhamdulilah tidak terhingga, berkat dengan keyakinan diri yang serba kekerdilan ni, walaupun badan agak berisi sedikit, tapi berkat doa dan tawakkal pada Allah untuk menjejaki Thur Sina' yang sekian lama saya idami, akhirnya saya berjaya jua mendaki walaupun disaat2 akhir, saya kepenatan, kesejukan yang teramat dan tergelincir beberapa kali kerana tergelicik dengan cairan ais batu. Semasa pendakian, saya tidak lepaskan peluang mengambil gambar sambil bermain dengan salji bersama kawan2, erm seronok betul jumpa salji, maklumlah tak pernah jumpa salji katakan..rasa macam duduk kat UK dan Jordan pulak. Rasa nikmat dan kagum sangat dengan ciptaan Allah...Pada mulanya, saya agak kurang berkeyakinan untuk mendaki tapi disebabkan diri ini rasa tercabar dengan kalam motivasi yang disampaikan oleh Us Hafiz Mahmud (Bekas BP PMRAM )dengan kata penutupnya."kalau rasa diri tak yakin, tak mampu,tak payah naik"..rentetan kata-katanya berikutan kes-kes akhawat yang kecundang ditengah2 pendakian disebabkan mengalami kekejangan otot, yang sukar untuk mendaki akibat kesejukan, dan kekurangan daya tenaga menyebabkan pengsan.Jadi, kata-kata akhir beliau mengingatkan serta mencabar akhawat2 agar kuat semangat dan yakin pada diri untuk mendaki. Diingatkan buat sahabat2 yang ingin mendaki, sebelum naik alaskan sedikit makanan, tak perlu banyak, cukup sekadar mengisi perut..dan minum air vita-cid untuk kuatkan tenaga badan..kuatkan diri dengan berselawat sepanjang pendakian untuk meningkatkan iman kita supaya bersabar dengan cabaran pendakian yang didaki, disamping kita mengingatkan kembali sirah Nabi Musa a.s yang hanya mendaki tanpa memakai kasut semata-mata untuk mengabdikan diri kerana Allah...Jadi, fikirlah sejenak diri kita selaku hamba Allah, mampukah kita lakukan sedemekian?bukan kita mempertikaikan zaman dahulu tidak ada kasut@sebagainya, tapi kita memikirkan bagaimanakah kesanggupan dan pengorbanan beliau untuk mentaqarrubkan diri pada Allah dipuncak gunung yang tinggi dengan hanya berbekalkan iman dan taqwa..Alakulihal, moga dengan ilmu dan akal yang diberikan oleh Allah kepada kita, dapat kita gunakan dengan sebaik yang mungkin, agar iman dan amal kita diterima serta diberkati oleh Allah swt, dunia dan akhirat. INGATLAH!ilmu yang berguna akan membawa kita ke syurga..so, manfaatkanlah agar tidak tersesat haluan. Buat akhirnya pada pembaca yang budiman, maaf jika tersilap pentaipan@fakta, jika ada. Apepun, kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan dosa, moga memori kembara sinai saya yang serba ringkas ini dapat kita berkongsi bersama, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada sahabat2 yang bakal mendaki Jabal Musa nanti..INGAT!Jangan pergi Sinai, hanya nakkan keseronokan salji semata2@nakkan nama kebanggaan dan sebagainya tapi berjalanlah dengan melihat keindahan dan keagungan ciptaan Tuhan. Moga kita tergolong dalam golongan orang2 yang bertaqwa kepadaNya...amin ya rabbal alamin. k,JANGAN LEPASKAN PELUANG..PERGI..JANGAN TAK PERGI SINAI..percutian yang menenangkan jiwa dimusim sejuk..