<>

 

<>

<<>>

 

*Waktu Mesir*
<>
*Waktu Malaysia*
<>
*Taqwim Hijrah*
< >
*Bingkisan Nurani*
 

" Carilah Redha Allah Dimana Sahaja..kerana DiaLAH yang kekal buat selamanya.." SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA PEJUANG AGAMA ALLAH!! hidup berjuang mati terbilang.. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ..HANYA ISLAM MEMBAWA RAHMAT SELURUH ALAM..AKAN KAMI BUKTIKAN DENGAN KEBERANIAN..

 

*Kuntuman Ukhwah*

 

.::Uyyah ::.

.:: Eisraa ::.

 .:: Azhana ::.

.:: Masidas ::.

.:: Shahidah ::.

.:: Al-Hambra ::.

.:: Kota Ilham ::.

.:: Zulfa Hanan ::.

.:: Assyakirah ::.

.:: Sanggar Cinta ::.

.:: Aishah Radhiah ::.

umniyah

 

*Sisipan*

 

.:: Pas ::.

::. kpipm ::.

.:: pmram ::.

.:: Silver Net ::.

.:: Dakwah Info ::.

.:: Tranung kite ::.

 

*Best Viewed*

 

~ With......

Mozilla Firefox

~ in......

screen solution 1024 x 768 

 
*Kredit*

 

 

 Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

Sunday, May 6, 2007
Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".
Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.
Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.
Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)
Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
Amin ya rabba al alamin.

.

Photobucket

posted by izzah @ 12:23 PM  

 Salam imtihan buat semua...

ASSALAMUALAIKUM.......
salam imtihan buat semua..moga sahabat-sahabatku dapat buat yang terbaik dalam imtihan yang tak lama lagi ni..sudahkah kalian bersedia ke medan pertempuran nie??diharap,anda semua sudah memperlengkap alatan peperangan untuk berperang...tajamkan pedang sakti anda dengan tajamnya ingatan&hafazan..sediakan perisai anda sebagai benteng kekuatan diri dan jiwa dalam menempuh mehnah dalam peperangan ni..so,semangat yang cekal dan tabah untuk berhadapan kertas2 soalan yang bakal dihadapi...so,lakukan yang terbaik untuk pertempuran ini kerana kemenangan dan kejayaan kita adalah kebanggaan islam.buat akhirnya,doakan kejayaan kita bersama..jgn lupa doakan saya ye dalam munajat kalian disepertiga malam..moga kita najah bersama..amin ya rabbal alamiN.

Photobucket

posted by izzah @ 4:42 AM  

 MAYAT YANG KELUAR ULAT HIDUP

CERITA PENGAJARAN BUAT KITA BERSAMA....
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup 'istimewa' sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, "Cubalah tanya dia sendiri." Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan...takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. "Lain macam saja ni", fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, "Inilah ujian Allah kepada kita". Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah....suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini". Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, "Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya". Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup....na'uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata 'TIDAK'. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Photobucket

posted by izzah @ 4:00 AM  

 HIJRAH: Kembali kepada ajaran islam yang sebenar....

Tuesday, May 1, 2007
Sekarang kita berada dalam bulan Muharam Tahun 1428 Hijrah. Sudah menjadi kebiasaan diadakan berbagai bentuk sambutan tahun baru hijrah. Bagi kita, sebagai umat Islam yang faham ajaran Islam dan mengetahui tuntutan Islam ke atas diri kita, maka sambutan dan majlis memperingati peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. akan menambah semangat kita di dalam perjuangan menegakkan agama Islam.

Sambutan kita bukan sahaja dengan melaungkan slogan atau menaikkan kain rentang sahaja, bahkan diikuti dengan semangat dan cita-cita mahu berhijrah dan mendapat pahala hijrah yang dijanjikan oleh Allah Taala dan rasul-Nya. Janji Allah dan rasul-Nya kepada sesiapa yang berhijrah tetap berlangsung sehingga hari kiamat walaupun hijrah di dalam bentuk lain asalkan maksud dan tujuannya sama sahaja dengan tujuan hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Oleh itu, jika diadakan ceramah-ceramah tentang hijrah, maka kandungan ceramah tersebut mengingatkan kita betapa pentingnya peristiwa hijrah kepada perkembangan Islam, betapa sukarnya melaksanakan perintah hijrah, betapa banyak halangan dan ujian yang dialami oleh orang-orang Islam yang berhijrah. Dan hijrah itu sendiri mengajar kita bahawa mendirikan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam dan sistem-sistem Islam adalah wajib sebagaimana telah didirikan oleh Rasulullah s.a.w di Madinah, tempat baginda berhijrah.

Perintah Allah ke atas Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam supaya berhijrah meninggalkan Mekah menuju ke Madinah, bermakna meninggalkan tanah air tumpah darah, rumahtangga, kaum keluarga, harta benda dan sebagainya. Kewajipan menjaga agama dan menegakkan negara yang melaksanakan seluruh ajaran Islam di Madinah wajib diutamakan lebih daripada sayang kepada tanahair, harta benda, saudara mara, binatang ternakan dan barang-barang perniagaan.


Walaupun besar kerugian harta benda dialami oleh orang-orang Islam kerana meninggalkan Mekah tetapi bagi mereka, keredaan Allah lebih daripada segala-galanya dan balasan syurga di hari akhirat mengatasi cinta kepada dunia dan segala isinya. Untung di akhirat adalah untung yang besar walaupun rugi di dunia pada pandangan sesetengah manusia yang menjadi hamba kepada dunia.


Dengarlah cerita seorang sahabat yang bernama Suhaib ar-Rumi, seorang pedagang yang kaya dan mempunyai banyak harta. Apabila Suhaib ar-Rumi mahu berhijrah bersama-sama Rasulullah s.a.w. tetapi beliau dihalang oleh orang-orang kafir Quraisy Mekah. Suhaib bersetuju menyerahkan segala harta kekayaan di Mekah kepada kafir Quraisy asalkan beliau dibenarkan berhijrah menuju ke Madinah.


Akhirnya, Suhaib a-Rumi dibebaskan berhijrah setelah menyerahkan segala harta bendanya kepada kafir Quraisy untuk menyelamatkan iman dan Islam di dalam dirinya dan sebagai menyahut perintah Allah Taala ke atasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. tahu pengorbanan Suhaib yang besar itu, maka baginda bersabda yang bermaksud: Telah beruntunglah Suhaib, telah beruntunglah Suhaib.


Berkenaan dengan kisah ini, Allah menurunkan firman-Nya (maksudnya): Dan ada di kalangan manusia (orang-orang yang beriman) yang menjual dirinya untuk mendapatkan keredaan Allah dan Allah Maha Pengasih kepada hamba-hamba-Nya. (Surah al-Baqarah: 207)


Pada hari ini orang Islam takut jadi miskin kerana melaksanakan Islam. Pada hari ini orang-orang Islam sendiri bimbang negara akan mundur jika melaksanakan ekonomi Islam. Pada hari ini orang-orang Islam sendiri tidak yakin kepada undang-undang Islam yang berjaya menghapus berbagai jenayah tetapi mereka percaya kepada undang-undang Barat walaupun jenayah tidak pernah berkurang, kecurian dan rompakan menjadi-jadi. Adakah kita mahu menunggu perompak menggunakan bulldozer atau peluru berpandu ketika merompak, barulah kita tergesa-gesa melaksanakan hukum Islam?


Walaupun menyambut tahun hijrah, namun semangat mahu berhijrah daripada undang-undang jahilah kepada undang-undang Islam tidak ada di dalam diri kita. Semangat mahu berhijrah meninggalkan sistem-sistem barat masih belum ada di dalam masyarakat Islam. Semangat mahu berhijrah daripada perangai dan akhlak buruk kepada Islam tidak ada di dalam diri umat Islam.


Maka, kalau ada sambutan Maal Hijrah atau seumpamanya, ia tidak membawa apa-apa guna. Kalau ada sambutan seperti itu sahaja tanpa ada perasaan dan usaha mahu membuat perubahan, maka sambutan seperti itu sia-sia sahaja, apa lagi sekiranya disambut oleh orang-orang yang jelas sekali menentang Islam.


Semasa peristiwa hijrah, di kalangan mereka yang berhijrah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. itu ada yang memesongkan niatnya kepada kepentingan dunia semata-mata dan tidak ikhlas. Walaupun pada zahirnya dia berhijrah tetapi hatinya menuju ke arah lain, bukan untuk Islam dan perjuangan Islam, jadilah hijrahnya sia-sia sahaja.


Pada masa itu ada seorang lelaki Islam yang berhijrah kerana mahu berkahwin dengan seorang perempuan yang yang turut sama berhijrah ke Madinah. Perempuan itu mensyaratkan bahawa untuk berkahwin dengannya, maka lelaki tersebut mesti berhijrah bersama-samanya ke Madinah. Rasulullah s.a.w. mengetahui tujuan lelaki itu lalu bersabda (maksudnya): Maka sesiapa yang hijrahnya kerana dunia, maka dia akan dapat dunia atau kerana perempuan, maka dapatlah dia berkahwin dengannya. Maka hijrahnya itu, ganjarannya berdasarkan kerana apa dia berhijrah.


Oleh kerana banyaknya ujian di dalam melaksanakan hijrah sama ada sayang untuk berpisah daripada tanahir, kaum keluarga dan harta benda, enggan untuk bersusah payah di dalam menegakkan agama Allah, maka ada orang-orang Islam yang tidak jadi berhijrah meninggalkan Mekah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w.


Maka apabila berlakunya peperangan Badar antara tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar yang melawan tentera kafir Quraisy di bawah pimpinan Abu jahal, tiba-tiba ada beberapa orang Islam yang tidak mahu berhijrah telah berperang di pihak tentera kafir Quraisy kerana dipaksa atau kerana malu kepada permimpin-pemimpin kafir Quraisy.


Apabila mereka mati terbunuh, maka ditanya oleh malaikat-malaikat yang mencabut nyawa mereka: Kenapa kamu berperang bersama-sama golongan kafir Quraisy? Mereka menjawab: Kami tertindas dan kami terpaksa. Namun jawapan mereka tidak melepaskan mereka daripada siksaan api neraka.


Cerita mereka disebut di dalam firman Allah (maksudnya): Sesungguhnya orang-orang (yang tidak berhijrah tanpa uzur dan berperang pula di sebelah pihak kafir Quraisy Mekah) yang dimatikan oleh malaikat-malaikat di dalam keadaan mereka menzalimi diri mereka sendiri, malaikat bertanya: Mengapa kamu jadi begini? Mereka menjawab: Kami golongan yang tertindas di muka bumi. Malaikat bertanya lagi: Bukankah bumi Allah begitu luas dan kamu boleh berhijrah ke mana-mana? Mereka itu, tempat tinggal mereka adalah neraka jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah an-Nisa: 97)


Kalau orang-orang Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak mahu berhijrah tanpa uzur, maka orang-orang Islam pada hari ini juga tidak mahu berhijrah kembali semula kepada ajaran Islam. Mereka sanggup bersatu padu dengan golongan yang menentang ajaran Islam. Mereka menyokong golongan yang menentang hukum Islam. Mereka bersama-sama golongan yang merosakkan masyarakat dengan berbagai program. Maka jika mereka mati di dalam keadaan tersebut dan tidak sempat bertaubat, dibimbangi hukuman Allah ke atas mereka sama sahaja dengan golongan yang disebut oleh Allah Taala di dalam firman-Nya tadi.


Sekiranya ada orang-orang Islam yang masih mahu tinggal di Mekah, tidak mahu berhijrah walaupun diperintah oleh Allah, walaupun Mekah dipimpin oleh golongan yang menentang Allah, Rasulullah, menyeksa orang-orang yang beriman, memaksa orang-orang beriman meninggalkan agama, maka jangan kita hairan jika ada di kalangan orang-orang yang mengaku Islam pada hari ini merasa senang dan bahagia hidup walaupun berada di bawah pemerintahan yang bercanggah dengan Islam, walaupun di kiri kanan mereka maksiat dan khianat bermaharaja lela, walaupun ajaran Islam dan sekolah-sekolah yang mengajar agama Islam mahu ditutup dan sebagainya sedangkan hijrah yang sebenar, yang dituntut oleh Islam ialah meninggalkan perkara yang bercanggah dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.


Kita diperintah supaya meninggalkan saki baki kufur dan syirik sekiranya masih ada di dalam diri kita. Kita diperintah membuang fahaman-fahaman dan pandangan-pandangan yang bercanggah tentang Islam yang masih berkubu di dalam kepala kita. Kita diperintah membuang jauh-jauh undang-undang dan hukum yang berlawanan dengan undang-undang Islam yang masih terpacak kukuh di dalam tanahair umat Islam.


Dan kita diperintah supaya membersihkan diri daripada ideologi-ideologi dan fahaman-fahamn sesat dan karut marut seperti kapitalis, sosialis, nasionalis dan sebagainya yang masih menjadi kebanggaan sebahagian orang-orang Islam pada hari ini. Hijrah seperti ini masih berterusan dan dituntut ke atas umat Islam sehingga akhir zaman kerana sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Tidak ada lagi hijrah (daripada Mekah ke Madinah) selepas pembukaan Mekah tetapi yang masih ada ialah jihad (menegakkan Islam) dan niat (untuk mempertahankan Islam).


Hijrah yang wajib, yang tetap ada hari ini ialah jihad menegakkan agama Allah, jihad menentang segala kemungkaran, jihad meninggalkan segala perkara yang dimurkai Allah, jihad menolak segala bentuk syirik sama ada pada zat Allah atau pada nama-nama-Nya atau pada segala yang hanya menjadi milik Allah Taala sahaja seperti hak mengadakan undang-undang yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.


Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah bukan bermusim, bukan pada awal tahun hijrah bahkan sepanjang tahun dan lebih daripada itu sepanjang hidup kita.

Photobucket

posted by izzah @ 12:52 PM  
*Tuan Rumah*
 

Sinai

    .:: izzah ::.

*Bicara Hikmah*






" Allah telah memberi sinar HARAPAN, Sinar Menjadi Satu IMPIAN,




Ini bukan Satu PERTIKAIAN...




Kerna ITU KETENTUAN Tuhan, Najah menjadi Sumber IDAMAN, Kini telah Menjadi Suatu KENYATAAN,




Syukur atas Pemberian Tuhan, Najah Merupakan Suatu Kenikmatan,




Terima kasih Kepada MU Tuhan, Atas Segala Pemberian,


Kini kepulangan Menjadi Satu Penantian, Perjuangan Yang Akan terus Hadapi Medan,


Satu Utusan, Berita Kebenaran ...



*Terkini*
*Khazanah*
*At-Tanzil*

 

.:: Tafsir Al-Quran ::.

.:: Download Al-Quran ::.

:: Bacaan Quran Online ::

 

*Titipan Tamu*

 

 

 

 

*Button Hati Sufi*
 

:: Hati Sufi ::

 

*Akhbar Online*
 Berita Harian

 Utusan Online

 Harian Metro

 Harakah Daily

 Malaysia Kini

Al-Jazeera

 New Straits Times Online

 The Star Online

* Geoglobe*

< >

* Tetamu*

<>

 

Anda Pengunjung Yang ke :

< >

Sejak Julai 2007